Pages

Slider

Thursday, November 22, 2012

Asas "Mengapa" dan "Bagaimana" untuk mengamalkan Jus





Pemulihan badan kita sepenuhnya daripada penyakit degeneratif sebenarnya perlu dibantu dengan amalan pemakanan makanan yang berkualiti tinggi dan terbaik yang boleh anda dapati. Kita perlu ingat bahawa badan sendiri akan  memulakan penyembuhan jika ia mendapat komponen tenaga dan pemakanan dari makanan yang kita makan setiap hari. Namun dalam zaman serba modern ini, tak mustahil ada antara kita masih mengalami "hidden hunger" kerana tidak menyediakan badan dengan nutrien penting untuk penyembuhan.

Cara terpantas untuk sembuh dari penyakit degeneratif adalah untuk minum smoothie buah-buahan dan jus sayur-sayuran. Amalan minum smoothie dan jus banyak memberi manafaat pada saya selama setahun ini sehinggakan anak saya sendiri mengalami hasil penyembuhan yang luar biasa dari ekzema yang kronik dan penyakit sakit belakang yang telah saya berjuang selama bertahun-tahun semakin kurang sehingga saya mampu bangun tidur dan rasa segar tanpa rasa sakit-sakit sendi lagi. Ini semua mampu tercapai apabila saya mula untuk menggantikan makanan biasa yang dimasak dengan smoothie  buah-buahan dan jus sayur-sayuran. Ini adalah samada seperti menggantikan snek tidak berkhasiat atau menggantikan 1 atau 2 hidangan utama dalam diet harian saya.

Berikut adalah maklumat mengenai mengapa anda mungkin mahu mempertimbangkan jus sebagai sebahagian daripada diet harian anda, walaupun anda sihat. Saya percaya bahawa apabila anda mula mengamalkan jus anda akan kagum pada tahap luar biasa kesihatan anda dan tahap kecergasan yang sangat cepat tanpa memerlukan apa-apa stimulant seperti kopi pada waktu pagi.

Mengapa jus bukannya makan makanan mentah?

Semua orang boleh mendapat manfaat daripada jus tanpa mengira keadaan fizikal mereka. Secara idealnya kita boleh sahaja mendapatkan semua nutrisi kita dari buah-buahan mentah dan diet sayur-sayuran dan dengan itu tak perlu pun minum jus. Tetapi, berapa ramai dari kita mampu makan makanan mentah dalam diet harian kita secara maksimum malah lebih dari itu. Menyediakan jus, oleh itu, adalah satu cara yang hebat untuk mengisi jurang yang sedia ada - iaitu jika anda seperti saya dan merasakan diet harian anda tidak cukup hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah, maka anda akan mahu beralih pada jus. Kaedah jus yang betul boleh disamakan dengan mendapat nutrien penyembuhan secara "borong" (dengan banyak)

Dalam bentuk jus, nutrien adalah sangat mudah untuk di asimilasikan. Lain-lain sebab penting untuk mengamalkan jus adalah:

Pemakanan secara jus hanya memerlukan sedikit atau tiada langsung proses penghadaman kerana nutrien penyembuhan dari sayur-sayuran mentah sudah tersedia ada untuk diasimilasikan. Saya akan bincangkan tentang "digest, assimilate, and then eliminate" dalam blog posting yang lainnnya supaya anda lebih mudah faham dan tahu mengapa ianya penting. Dengan pemahaman ini, anda akan mendapat pencerahan mengapa contohnya sudah makan nasi pun kadang-kadang kita masih lapar.

Jus membolehkan proses penyembuhan secara keseluruhan dibuat dengan lebih efisyen. Kebanyakan daripada kita mempunyai sistem pencernaan dalam kategori yang toksik dan tidak cekap sehingga keupayaan kita untuk mencerna sayur-sayuran mentah amat terjejas sekali. Kita hanya boleh tahan dengan makanan yang dimasak dan makanan yang diproses yang sebahagiannya dicernakan dahulu sebelum dimakan namun jika ditimbang konsep " digest, assimilate, and then eliminate" badan kita mendapat zero nutrien sebenarnya.

Paradoksnya adalah, makanan mentah mampu menyediakan nutrien yang menyembuhkan tubuh, termasuk sistem pencernaan itu sendiri. Namun sistem pencernaan orang yang sakit tidak dapat (dalam pelbagai peringkat) untuk mencerna makanan yang mampu menyembuhkan. Jus sangat membantu keadaan ini.

Untuk penyembuhan badan, anda perlu untuk membekalkannya dengan jumlah nutrien yang sangat besar dan luar biasa dari  asas harian keperluan hidup. Badan biasanya melakukan aktiviti vital (selular) hanya untuk keperluan asas kehidupan harian. Penyembuhan adalah sesuatu yang mewah yang tidak akan badan kita laksanakan kecuali ia mempunyai tenaga berlebihan. Tenaga berlebihan boleh diberikan kepada badan secara pesat melalui jus.

Jus mampu menjadi motivasi kepada anda untuk meneruskan diet yang betul kerana keputusan yang akan anda lihat lebih cepat daripada jika anda hanya makan (bukan minum) sayur-sayuran mentah.

Segelas jus mentah adalah "multivitamin / mineral tambahan" yang terbaik yang boleh dibeli dengan sedikit wang sahaja sebenarnya. Jika anda bimbang bahawa anda tidak mendapat semua nutrien daripada sayur-sayuran mentah yang anda perlukan, atau anda rasa mahu permulaan untuk menukar diet anda dan mahu mengurangkan masa penyembuhan yang diperlukan, minum sekurang-kurangnya segelas jus mentah setiap hari. Segelas 4-8 auns jus sayur-sayuran mentah sekali atau lebih setiap hari adalah seperti  emas 24 karat untuk badan anda. Ia menyediakan bukan sahaja semua nutrien penyembuhan yang telah diasingkan oleh ahli sains, tetapi juga semua nutrient yang mungkin belum pun kita ketemui melalui apa-apa kajian. Ia menyediakan kita dalam kehidupan seharian, hasil organik, bentuk alkali, yang menyeluruh, lengkap dan seimbang.

Garis panduan asas:

  • Ia adalah penting untuk ingat bahawa jus mempunyai kesan menumpukan perhatian kepada nutrien dalam sayur-sayuran. Segelas jus mampu dan harus dianggap sebagai satu hidangan yang lengkap. Oleh itu, apabila memerah, garis panduan berikut perlu ada dalam fikiran anda: 
  • Untuk hasil yang terbaik, semua sayur-sayuran anda harus ditanam secara organik. Penyembuhan memerlukan makanan yang paling murni. Sayur-sayuran hasil komersial boleh menjadi sangat toksik. Jika anda tidak boleh mencari sebuah kedai runcit yang menjual produk organik, anda boleh membeli makanan organik melalui penghantaran ke rumah sebenarnya. Namun janganlah hanya kerana anda tidak mampu membeli organik anda tidak mengamalkan jus. Masih ada ruang untuk jus jika begitu, seperti kupas kulit dan basuh menggunakan pencuci organik atau air garam suam. 
  • Minum jus anda perlahan-lahan dan lagi bagus juga jika hampasnya ditambah ke dalam sedikit supaya ia wujud untuk di kunyah di dalam mulut anda. Ini membolehkan air liur bercampur dengan jus untuk asimilasi yang lebih baik. Ada enzim penting dalam air liur yang membantu tahap penyerapan bioavailability nutrient dari jus anda. Sebab itu saya lebih percaya pada jus daripada terus menelan pill atau makan serbuk yang seolah-olah macam dedak dari syarikat supplement. Ada 8 jenis enzim dalam air liur anda yang membantu pencernaan. Saya pasti anda biasa dengar sunnah Nabi mengunyah makanan sebanyak 40kali selumat-lumatnya sebelum di telan. Sebab itu saya suka sahaja tambah apa-apa hampas, kekacang atau bijirin yang organik ke dalam jus saya untuk dikunyah supaya jus bercampur dengan enzim-enzim ini.
  • Minum jus sahaja dan tidak mengambilnya dengan makanan pepejal. Jika anda mengambil jus anda dengan hidangan utama, ia membeban sistem penghadaman dan tak tercapai pun matlamat sebenar anda minum jus. Benarkan sekurang-kurangnya satu jam selepas minum  jus sebelum makan apa-apa makanan, atau tunggu sehingga anda berasa lapar. Begitu juga, jangan minum jus sehingga perut anda kosong (2-3 jam) selepas makan hidangan atau snek. 
  • Jangan menggabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran, kerana ini memerlukan proses pencernaan yang berbeza. Semua buah-buahan boleh dicampurkan bersama-sama. Semua sayur-sayuran boleh dicampurkan bersama-sama. Semua tembikai boleh dicampurkan bersama-sama. Pengecualian: Salad dan saderi boleh digabungkan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran. Epal, pir, buah lai boleh di campur dengan sayur-sayuran dan membantu untuk memaniskan minuman jika perlu.
  • Jangan jus, kemudian menyimpan jus di dalam peti sejuk untuk diminum kemudian. Semua enzim penting mula untuk menyahaktifkan selepas beberapa minit selepas memerah. Anda perlu minum jus anda dengan serta-merta selepas ianya dibuat dan buat jus hanya cukup untuk kegunaan serta-merta. Namun ada juga yang mendapati jika menggunakan blender atau slow juicer, anda boleh simpan tapi saya tak berapa amalkan.


Rujukan:
Calbom, Cherie. Juicing For Life.
Robbins, Joel. Eating for Health and Wellness.


Sunday, November 18, 2012

Joe Cross, Juicing dan Idola Saya


Saya rasa semakin ramai yang bertanya-tanya tentang amalan jus yang saya amalkan sekarang. Saya mendapat inspirasi selepas menonton Joe Cross di dalam filem dokumentarinya Fat, Sick and Nearly Dead.



Siapa yang Joe Cross ni ye? Joe ni macam orang biasa je sebenarnya. Seperti ramai rakyat Amerika dan juga Australia (Joe sebenarnya di lahirkan di sana) hidup Joe ni cuma kerja, enjoy dan makan. Tapi bagi Joe memang enjoy semuanya secara mewah dan banyak. Selepas beberapa tahun Joe  dapati tabiat dia ni menyebabkan berat badannya menjadi lebih 300 lbs. Berat tambahan tu menyebabkan masalah kesihatan untuk dia sampai dia terpaksa mengambil ubat dan dia berada pada risiko untuk mendapat serangan jantung.

Dengan sepantas kilat dia dapat inspirasi Joe kembali ke pangkal jalan dan beliau perlu menukar rutin beliau dalam usaha untuk mengubah hidupnya. "Saya rasa seperti saya perluk beri badan saya tenaga yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi diri saya sendiri. Saya fikir dengan cara itu, ia akan sembuh dengan sendirinya".

Joe terus mendapat bantuan dan rujukan daripada Dr Joel Fuhrman di Amerika dan memulakan puasa berjus selama 60 hari. Dalam masa yang sama beliau mengembara ke seluruh negara, dengan pemerah jus buah-buahan dan sayur-sayuran di belakang keretanya, untuk berkongsi manafaat yang boleh didapati didalam jus dan bercakap dengan orang ramai tentang tabiat gaya hidup mereka dan apa yang mereka harapkan dari segi kesihatan pada masa akan datang. Perjalanan berinspirasi ini telah didokumenkan dalam filem  Fat, Sick and Nearly Dead yang saya sebut di atas.




Luar biasa sungguh sebab Joe berjaya menurunkan berat badan sebanyak 82pound (dalam 37kg)  dengan hanya puasa dan hanya minum jus dan menjadi inspirasi ramai (termasuk saya sendiri). Beliau berjaya membuatkan ramai orang yang ingin tahu bagaimana untuk memulakan puasa dan hanya minum jus mereka sendiri seperti Joe.

Tips untuk puasa dan hanya minum jus gaya Joe Cross selama 60 hari

  1. Jika anda mengambil apa-apa ubat-ubatan atau mempunyai sebarang masalah kesihatan, pastikan anda mendapat khidmat nasihat pakar kesihatan sebelum memulakan diet ini. 
  2. Mulakan dengan matlamat yang kecil, katakan 10 hari. Ini menjadikan tugas lebih terkawal secara mental dan menjadikan ia lebih mudah untuk mencartakan kemajuan harian. Tidak semua orang perlu berpuasa selama 60 hari secara penuh. Seperti di # 1, profesional perubatan boleh membantu anda menentukan apa yang betul untuk anda.
  3. Walaupun ia akan muncul dalam filem tu seolah-olah Joe bangun satu pagi dan mula mengamalkan jus, lebih baik anda bersedia secara mental dan fizikal untuk sekurang-kurangnya seminggu sebelum membersihkan badan anda daripada toksin dengan berjus. Anda boleh membaca tentang proses penyediaan saya di posting seterusnya.
  4. Mula secara perlahan. Ini bukan masa untuk multi task kata orang. Ambil beberapa hari cuti atau ringankan beban kerja dan tanggungjawab anda. Badan anda akan memberi tumpuan secara hyper kepada pembersihan dalam tempoh ini, jadi berehat dan biarkan badan anda bekerja secara magis. Senaman regangan atau  berjalan sahaja boleh membantu anda. Walaupun saya biasa menambah jus secara sedikit dalam diet saya, saya telah membuat 3 hari detox puasa secara tegar dengan berjus ketika melancong dan berehat. Memang mudah, sebab badan tengah free and easy masa tu. Tiada responsibility (anak yang besar-besar berada di kampung)
  5. Jangan lupa minum air. Air mempunyai fungsi penting mengepam keluar toksin dan bahan buangan. Anda masih perlu untuk minum air yang banyak ye.
  6. Sakit kepala yang ringan dan keletihan dalam beberapa hari pertama adalah biasa namun jika anda mengalami sebarang kesan buruk selain yang dua ni, berunding dengan pakar profesional.
  7. Ucapkan tahniah kepada diri dengan sebarang kemajuan yang dicapai walaupun sedikit. Ini penting sebagai motivasi.

Selamat mengembara ke alam yang sangat menarik (pada saya lah) - dalam posting akan datang saya akan siarkan resipi Mean Green Juice Joe Cross yang sangat lazat sebenarnya. Ramai juga yang tertanya, juice apa yang Joe gunakan dalam filem tersebut? Saya rasa sama macam juicer A mak saya tu hehehe atau Fountain Breville Jus


Wednesday, November 14, 2012

Kebaikan Timun

Antara salah satu bahan yang mungkin anda mahu masukkan dalam semua resipi jus anda ialah TIMUN. Secara teknikalnya timun adalah buah-buahan tapi kita selalu cenderung untuk mengklasifikasikan timun sebagai sayur-sayuran. Saya suka tambah timun kerana ia mengandungi kira-kira 96% air dan timun menjadikan jus saya sempurna (banyak isi dan air).


gambar ihsan daripada Karen & Brad Emerson

Timun sejuk dan enak ini (Cucumis sativus) tergolong dalam keluarga tumbuhan tembikai dan mentimun yang dipanggil Curcubitaceae. Mereka boleh didapati dalam pelbagai warna dan bentuk, tetapi anda mungkin paling akrab mengenali jenis yang panjang dan hijau yang dihiris-hiris untuk hidangan. Orang Malaysia jarang sekali menggunakan timun sebagai jus :)

Timun memberi manfaat kesihatan kepada kita dari kepala ke kaki, dalaman dan luaran. Secara nutrisinya mereka mengandungi vitamin A, vitamin C, vitamin K, kalsium, dan kalium.

Sistem Penghadaman dan Anti-Kanser

Jika anda makan timun(kulit dan semua), anda akan mendapat manfaat kedua-dua serat larut dan tidak larut. Dengan jus, anda masih akan mendapat serat larut yang membantu nutrien diserap melalui saluran usus.

Timun mengandungi lignans tumbuhan yang mengikat bakteria dalam saluran penghadaman dan menukar mereka kepada enterolignans untuk kedua-dua  kesan pro dan anti-estrogenik. Menurut The World’s Healthiest Foods, "Pengurangkan risiko estrogen yang berkaitan dengan kanser, termasuk kanser payudara, ovari, uterus dan prostat yang telah dikaitkan dengan pengambilan lignans pemakanan dari makanan tumbuhan seperti timun."
Menurut saintis timun adalah sumber yang kaya dengan cucurbitacins yang menghalang perkembangan sel kanser dan kita boleh menjangka untuk melihat lebih banyak penyelidikan mengenai hubungan di antara timun dan faedah anti-kanser.

Kulit, rambut, dan kuku

Timun boleh menjadi tonik yang kuat untuk kulit, rambut, dan kuku. Ramai wanita tahu petua kecantikan menggunakan hirisan timun yang di letak pada mata untuk mengurangkan bengkak. Sifat-sifat astringen dalam timun menarik keluar kotoran dan membersihkan liang roma kulit, menjadikan ia bahan yang popular bagi kulit berminyak atau penjagaan kulit jerawat.
Timun juga mengandungi silika, mineral yang menyumbang kepada pengukuhan tisu penghubung. Hasilnya rambut dan kuku yang kuat dan sihat.
Anda boleh mendapatkan manfaat ini dengan meletakkan kedua-dua jus timun pada kulit anda atau dengan meminum jus timun.

Berat Badan dan Keradangan

Kerana timun mengandungi kebanyakannya air, ia adalah makanan yang sangat baik untuk membantu membersih dan mencuci toksin di dalam badan. Toksin sering disimpan di dalam sel-sel lemak dan menyebabkan keradangan. Tetapi di sebalik timun mengandung banyak air ia juga bekalan elektrolit untuk memulihkan penghidratan sel-sel badan dan mengimbangi tahap bendalir didalam badan. Ini menjadikan timun makanan penting untuk membantu dalam penurunan berat badan dan lain-lain keadaan radang seperti arthritis.

Memerah jus timun

Anda boleh membuat jus timun dengan menggunakan kulit dan kesemua bahagian timun. Hanya pastikan bahawa jika timun anda bukan organik, anda membasuh dengan teliti dahulu. Rasa jus timun adalah begitu ringan dan ia boleh dicampur dengan hampir mana-mana buah-buahan atau sayur-sayuran tanpa mengubah rasa. Dan kerana ia mengandungi air yang begitu banyak, anda akan menghasilkan banyak jus jika anda menggunakan timun.


Jus timun yang mudah 

4 batang lobak merah
1 biji timun 
1 batang saderi 
1 epal 
1/2 limau lemon, dikupas

Letakkan semua bahan-bahan melalui pemerah jus, kemudian tuangkan ke dalam gelas berisi ais. 

gambar ihsan Vegan Yack Attack
Blog Designed by The Single Momoirs